I am happy and proud of myself

Salam to you.
Greetings and hello. Ini bukan fiksyen.




Alarm berbunyi memanggil dan menyeru tuannya untuk bangun dari tidur lenanya. Walaupun mata masih berat untuk terbuka, mamai masih terasa, lelaki itu mengagahkan diri untuk menyeru seruan jam penggera sekaligus seruan Illahi. Beres semuanya, dia kembali ke bilik tidur untuk menyiapkan diri ke bilik mandi.

Lalu kerja harian yang selalu dilakukan berlaku dan muncullah seorang lelaki yang wangi lagi segak kemas. Excited katanya. Konon-konon macam orang nak interview kerja. Tetapi hakikatnya, pada 19 Disember itu, dia hanya akan mengambil keputusan yang sudah lama ditunggu. Lebih sebulan, penantian yang berjanggut.

Doa dipanjatkan buat diri sendiri dan seluruh masyarakat ke sekian kalinya. Apa pun keputusan yang diterima, itulah hakikat yang akan dihadapi. Baik atau buruk, harus diharungi. Diterima. Dengan seikhlas hatinya dan bukan dengan melawan takdir. Persepsi orang terhadap Qada' dan Qadar? Terima seadanya. Kita hanya mampu berdoa dan redha dengan segala keputusanNya? Bukan, mulakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Seterusnya berdoa untuk segala kebaikan dan akhir sekali, tawakallah.

Tiada siapa yang dapat tahu rasa isi hatinya waktu ini, bagaikan hanya Tuhan yang satu itu sahaja yang Maha Tahu. Yes, no one. Keputusan yang mungkin akan mengubah sedikit kehidupannya pada masa depan. Keputusan Penilaian Menengah Rendah.

Ramai yang beranggapan PMR hanyalah perkara remeh. Like, "Eleh, PMR tak penting pun. Nanti SPM buatlah betul-betul," "PMR je pun," sering didengari. Namun demi mengubah kehidupannya yang satu itu. PMR itu bukan mainan hidup ataupun bahan uji kaji yang gagal baginya. Mungkin sudah sehabis mungkin lelaki itu usahakan untuk penilaian yang satu ini. Ya! Bukan untuk menunjuk tetapi untuk meyakinkan dan memotivasikan diri sendiri mahupun orang lain.

Mungkinkah aku dapat memberi inspirasi kepada orang lain? Katanya.

Dub Dab. Sesampainya di sekolah, dia terus memasuki pagar berseorangan diri. Tanpa keluarga di sisi. Sibuk menguruskan diri masing-masing. "Kau dah besar," katanya. Kalaupun mereka ada, tidak ada apa yang dapat mereka bantu.

Masih berseorangan, tiada kawan yang ingin mengiringinya sehinggalah dia tiba di meja yang menempatkan slip-slip keputusan PMR bagi kelas 3KAA. Di meja itu, dia terlihat Puan Norazila dari jauh sebelum mendekati dengan senyuman ikhlas. Dalam hati, berdebar sahaja rasa.

Tiada sesiapa di situ, lelaki itu beranggapan yang dia adalah orang pertama. It's okay, no pressure. Bertenang.





Kedengaran jeritan dan tangisan yang asalnya daripada kawan-kawannya. Tiada apa yang dapat dilakukan, hanya senyuman yang manis sehingga menampakkan gigi. Bila ditanya, hanya tersenyum. Dan terus tersenyum. Gembira rasanya bila dapat melihat kawan-kawannya mendapat keputusan yang bagus dan Ba-da-boom! gitu.

Lelaki itu mengingati kembali peristiwa di mana dia hanya merenung cikgu tersebut dan mahluk di hadapannya dengan tiba-tiba menyebut kalimah "Tahniah."

Untuk apa? Bila ternampakkan huruf-huruf A yang berderet, dia hanya tersenyum dan terus berterima kasihkan cikgu itu. Tiada perkataan lain yang dapat menggambarkan perasaanya selain Alhamudillah. Segala syukur kepadaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Syukur.





Sorry if this not-so-called cerpen boring gila nak mampos. But who cares? Hahaha since there are bunches wanting to know what my PMR result is, so I made this. And sorry again because I took your time to read it. Basically, I got only 9A's. All my praise to Him. Lastly, thank you so much for your prayers, and to those whoever prayed for me <3. Yep, there is no picture this time. I don't want to show it. It's up to you if you don't wanna believe me heh.

Good to know that I am healthy and finally had the guts to write this. See you next time!

Comments

Post a Comment

You may criticise (or just don't) as well

Popular posts from this blog

Merdeka

QUICK UPDATE

Indifferent