Ceritakan perjalanan hidup anda

Assalamualaikum and hello!

So, I just opened my ask.fm account and noticed many untouched questions which I mean, still not answered. Well, I've answered all (gladly) but there's a question that... uh clingy? So I want to continue here. Okay, shoot.


The question is: Ceritakan perjalanan hidup anda sejak kecil sehingga kini :)

So this is my answer:

Well I'll try. Masa kecil dulu aku dalam perut emak. Setelah 9 bulan 10 hari berlalu, bertarikh 16 Januari (masa itu tahun 1998). Kalau nak tahu, bulan Januari tahun 1998 adalah bulan puasa. Maknanya, aku lahir pada 17 Ramadan 1418H. Aku dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (maaf tapi aku lupa masa yang tepat). Masa kecil dulu aku tinggal di Kampung Bukit Kerayong. Emak dan ayah bukan orang yang berada. Jadi, aku selalu bermain bersama-sama saudaraku di kampung dahulu. Semasa umurku 3 atau 4 tahun, aku pindah ke Bukit Kapar (juga kampung tapi lebih dekat ke pekan). Ayah beli rumah sewa masa itu. Beberapa bulan selepas itu aku pindah ke rumah nenek aku di Bukit Kapar juga. Oleh itu, saya selalu bermain bersama-sama saudaraku ketika itu.

Setahun atau 2 selepas itu, atuk dan nenek berpindah ke rumah kedai yang sebelumnya diuruskan oleh pakcikku. Sebelum itu, aku punya seorang makcik yang berkahwin dengan orang yang berpelajaran tinggi dan kaya. Dialah yang membantu atuk dan nenek untuk memajukan dan membesarkan rumah kedai tersebut. Apabila Hari Raya, aku dan saudara sebelah makcik aku akan ke rumah kedai tersebut dan menyambut raya bersama-sama. Semasa umurku 5 tahun, aku belajar di ABIM yang berada di tepi rumah nenekku di Bukit Kapar. Ketika belajar di sini, aku mengenali seorang kawan perempuan bernama Amani Husna. Rumahnya berada betul-betul di tepi sekolah ABIM. Seorang lagi yang aku kenal ialah Aisyah. Kalau nak tahu, masa itu aku suka dia.

Tetapi hanya untuk setahun aku bersekolah di situ. Tahun seterusnya aku sekolah di Tadika Kemas (juga di Bukit Kapar). Tadika itu sangat hampir dengan rumah kedai atuk dan nenekku maka aku selalu melawat mereka di sana dan minta pelbagai makanan ringan (mereka pasti akan beri). Semasa umur aku 7 tahun, aku mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar (SKBK) dan Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Timur (SRABKT). Aku sangat seronok sekolah di sini. Aku punya ramai kawan (juga musuh). Kalau dikenangkan zaman kecil dulu memanglah aku tak ingat. Tetapi, dulu aku punya kawan yang suka melukis. Bukan seorang, tetapi dua orang. Aku selalu melukis (anime) bersama-sama mereka. Nama mereka Uzma dan Syahirah. Aku juga punya kawan baik yang bernama Syamil Syafi. Aku acap kali ke rumahnya untuk membuat kerja rumah bersama-sama.

Semasa aku darjah 1, aku sekali lagi berjumpa dengan Amani Husna di SRABKT. Kami selalu pulang lewat. Jadi, akan ada aku dan dia sahaja yang menunggu di perhentian bas. Kami selalu berbual dan bermain bersama-sama pada waktu tersebut sehinggalah aku darjah 3. Ada yang menyatakan kami seperti pasangan. Semasa aku darjah 6, iaitu tahun aku mengambil peperiksaan besar bagiku, UPSR, aku mendapat berita yang Amani aku berpindah ke Johor. Berita itu sungguh benar. Selepas sahaja aku menerima keputusan UPSR aku (kalau nak tahu, aku dapat 5A), aku berjumpa dengan Amani dan ibunya untuk mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah mendapat 4A1B.


And I'll continue;

Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Amani. Selepas itu, aku hanya mendengar khabar daripada kawan baiknya, Atiqah. Sebelum itu, aku berpindah ke rumah baru di Meru semasa aku darjah 6. Sebenarnya, rumah kedai atuk dan nenekku telah berpindah tangan ke ayah dan emakku. Oleh itu, sebelum berpindah ke Meru, keluargaku menetap di rumah kedai itu manakala atuk dan nenek pula berpindah semula ke rumah lama mereka. Sanagat kompleks, bukan? Akhir tahun 2010, aku terima banyak surat tawaran untuk ke asrama seperti Gombak dan MAAHAD. Tetapi aku tolak semuanya serta merta kerana masih tidak yakin terhadap diri sendiri. Oleh itu, semasa aku berumur 13 tahun, aku hanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru yang berada di Meru. Aku diterima masuk dan mendapat kelas yang pertama iaitu kelas 1 Amanah atau 1KAA (Kelas Aliran Agama). Semasa hari pertama aku, aku tidak kenal ramai orang di situ. Lebih-lebih lagi apabila hanya ada aku sahaja yang bersekolah di SKBK dahulu dalam kelas itu. Rasa keasingan itu pasti. Tetapi selepas beberapa minggu berlalu, aku semakin boleh membiasakan diri dengan suasana baru di sekolah dan kelas baru aku. Waktu aku Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3, aku punya kawan baik yang sekelas. Nama mereka: Khaleeda, Fatin Najiha, Syahidah Yasmin dan Ain. Kami juga ahli PRS (Pembimbing Rakan Sebaya).

Aku banyak belajar benda baru semasa 3 tahun aku bersekolah di situ. Aku tidak punya ramai kawan tetapi aku punya kawan yang setia. Aku sangat rapat dengan kawan-kawan sekelas aku kerana kami tiga tahun bersama-sama belajar bawah satu bumbung kelas yang sama. Sama-sama ketawa, sama-sama kena denda, sama-sama berjaya. Tetapi hanya untuk 3 tahun sahaja aku bersekolah di SMK Meru kerana selepas mendapat keputusan PMR (dulu PMR masih ada dan tahun aku adalah tahun terkahir sebelum PMR dimansuhkan dan digantikan dengan PT3) (untuk pengetahuan, aku mendapat keputusan 9A, Alhamdulillah), aku mengambil keputusan untuk berpidah ke asrama. Dengan harapan, aku dapat melatih diri untuk lebih berdikari dan berharap agar aku lebih terdorong untuk berjaya di sana.

Pada tahun 2014, bertarikh 5 Februari, aku telah mendaftar di Sekolah Menengah Sains Banting/ Banting Science School (BASIS). Sebelum itu, kawan-kawan aku susah untuk menerima kenyataan ini termasuk aku. Bulan pertama dan mungkin juga kedua aku di sana, aku masih tidak dapat menyusaikan diri dengan keadaan di asrama. Aku juga turut dibuli oleh kawan satu batch aku. Atau lebih tepat, kawan bilikku. Tetapi untuk satu malam itu sahaja. Selepas itu, aku sudah tidak bercakap dengannya sehingga akhir tahun aku di situ. Kawan? Aku punya seorang kawan baik bernama Iskandar. Kami selalu bersama-sama. Tapi bagi aku, kawan aku ialah semua batch Zealous1115. Kerana mereka telah banyak mengajar aku erti kesusahan dan semangat setiakawan.

Kini, tahun 2015, aku masih lagi bersekolah di BASIS. Aku punya kawan, aku punya keluarga yang masih menyayangi diriku. Untuk tahun ini, doakan agar aku berjaya mendapat 9A+ dalam peperiksaan SPM 2015. Amin.

Sekian.

Thank you guys for reading this such long story of mine. Sorry because it's not in English. Use the translation machine, please. LOL. Ok that's all, bye!

Comments